Laser YAG
Pengenalan
Laser YAG adalah pembedahan laser khas yang digunakan untuk memperbaiki penglihatan anda yang mungkin diperlukan selepas pembedahan katarak. Pesakit yang telah didiagnosis dengan Posterior Capsule Opacification (PCO) dirawat dengan laser ini. Ini adalah prosedur laser yang selamat dan biasa dilakukan.
Semasa pembedahan katarak anda, pakar bedah mata akan mengeluarkan kanta semula jadi yang keruh dari dalam mata anda. Ia akan digantikan dengan kanta intraokular (IOL) yang jernih. Dalam sebilangan kecil pesakit, ada kemungkinan kapsul akan menebal selepas pembedahan dan menjadi keruh. Oleh sebab itu, penglihatan anda akan menjadi kabur. Keadaan ini dipanggil Posterior Capsule Opacification (PCO).
Melalui prosedur laser YAG ini, pakar mata anda akan membuat bukaan kecil pada kapsul kanta anda untuk membolehkan cahaya sampai ke retina anda supaya penglihatan anda menjadi jernih.



Siapa yang biasanya mengalami PCO?
Sebilangan pesakit yang telah menjalani pembedahan katarak akan mengalami Posterior Capsule Opacification (PCO). PCO boleh berlaku beberapa bulan atau beberapa tahun selepas pembedahan.
Pesakit kencing manis (DM) lebih cenderung untuk mengalami PCO.
Prosedur



1
Ubat kembang anak mata dititiskan



2
Ubat kebas mata dititiskan dan kanta lekap digunakan untuk menetapkan mata anda pada kedudukan yang betul



3
Laser diarahkan ke bahagian belakang kapsul kanta untuk membuat bukaan kecil.



4
Anda boleh menjalani semula aktiviti harian anda seperti biasa.
Sebilangan besar pesakit akan merasakan peningkatan kualiti penglihatan segera selepas prosedur, sementara yang lain akan mengalami peningkatan penglihatan secara beransur-ansur sepanjang tempoh beberapa hari.
Pesan Sekarang
Tetapkan Janji Temu Anda
Waktu Operasi:
8:30am – 5:30pm (Isnin – Sabtu)
Hubungi Kami:
9,10,11, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur