


Kekeruhan Kapsul Posterior (PCO)
Semasa pembedahan katarak, kanta yang keruh akan dikeluarkan, dan kanta sintetik akan diletakkan di dalam mata anda. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, kapsul yang ‘memegang’ kanta buatan mungkin menjadi menebal dan legap beberapa bulan selepas pembedahan. Keadaan ini dipanggil posterior capsule opacification (PCO) atau kekeruhan kapsul posterior. Oleh sebab itu, pesakit mungkin akan mengalami penglihatan kabur.
Simptom-Simptom
- Penglihatan
- Sensitif terhadap cahaya atau silau
Siapakah yang biasanya mempunyai masalah ini?
Kebarangkalian mempunyai PCO selepas pembedahan katarak adalah bergantung kepada usia pesakit, status diabetes, kekerasan kanta katarak dan jenis kanta yang digunakan. PCO boleh berlaku beberapa bulan atau beberapa tahun selepas pembedahan.
Rawatan/Pengurusan
- Laser YAG



Strok Mata (Oklusi Arteri Retina & Oklusi Urat Retina)
Saluran darah di badan kita terdiri daripada arteri dan urat yang membawa darah ke seluruh badan kita, termasuk mata kita. Walau bagaimanapun, penyumbatan saluran darah akan menjejaskan bekalan nutrien dan oksigen ke organ kita.
Apabila ini melibatkan mata kita, ia boleh menyebabkan kita kehilangan penglihatan. Oklusi arteri retina berlaku apabila arteri retina tersumbat dan oklusi urat retina adalah ketika urat retina tersumbat.
Simptom-Simptom
- Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba atau penglihatan menjadi kabur
- “Floaters”
Faktor-Faktor
- Faktor umur
- Tekanan darah tinggi
- Masalah jantung
- Kolesterol tinggi
- Aterosklerosis
- Penyakit kencing manis
- Glaukoma
- Merokok
- Obesiti
Rawatan/Pengurusan
- Suntikan Anti-VEGF
- Pernafasan hiperventilasi / hiperkapnik
- Menurunkan tekanan dalaman mata – untuk mengurangkan penyumbatan
- Urutan pada mata
- Suntikan ubat kortikosteroid dalam mata
- Terapi laser retina



Lubang Makula
Keadaan ini terjadi apabila ada koyakan di bahagian tengah retina yang disebut makula. Makula sangat penting dan ia memastikan kita boleh melihat dengan tajam semasa membaca, memandu, melihat objek dengan teliti dan mengenali wajah orang. Lubang makula ketebalan penuh mempengaruhi kira-kira 3 daripada 1000 individu dalam dekad keenam atau ketujuh kehidupan mereka.
Simptom-Simptom
- Terdapat bintik hitam dalam penglihatan tengah
- Penglihatan tengah yang kabur
- Garis lurus atau objek kelihatan bergelombang dan bengkok
- Susah untuk membaca
Faktor-Faktor
- Umur
- Keradangan dalam mata (uveitis)
- Susah untuk melihat objek yang dekat
- Daya tarikan vitreous
- Lekangan retina
- Macula pucker
- Penyakit kencing manis
- Oklusi urat retina
- Trauma atau kecederaan pada mata
Rawatan/Pengurusan
- Pembedahan vitreo-retina (vitrektomi)



Retinopati Serous Pusat
Juga dikenali sebagai Chorioretinopati Serous Pusat. Ia merupakan sejenis keadaan yang menjejaskan kesihatan retina kita. Ia adalah keadaan di mana cecair mengumpul di belakang retina.
Simptom-Simptom
- Penglihatan pusat yang kabur
- Garis lurus mungkin kelihatan bergelombang atau berlengkung (metamorfopsia)
- Mikropsia / makropsia – objek kelihatan lebih besar atau kecil daripada normal
- Kepekaan kontras warna yang berkurang
Risk Factors
- Tekanan emosi atau personaliti Type A
- Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat
- Minum arak
- Penyakit autoimun (iaitu: Systemic Lupus Erhythematosus SLE)
- Pemindahan organ
- Refluks
- Penyakit “Cushing”
- Penggunaan steroid (topikal, oral, dihirup atau melalui urat)
Rawatan/Pengurusan
- Argon Laser Photocoagulation
- Terapi fotodinamik (PDT)



Bengkak Makula
Ini adalah keadaan mata yang melibatkan pengumpulan cecair dan pembengkakan makula. Ia berlaku kerana kebocoran saluran darah yang rosak atau rapuh di retina yang menyebabkan cecair mengumpul pada makula.
Simptom-Simptom
- Penglihatan pusat terjejas
- Penglihatan pusat bergelombang (metamorphopsia)
- Skotoma pusat
- Kesukaran membaca dan melihat benda yang amat halus dan kecil
Faktor-Faktor
- Diabetik retinopati
- Pernah melalui pembedahan mata (iaitu: katarak, laser YAG, pembedahan vitreo-retina)
- Degenerasi makula (ARMD)
- Penyakit vaskular retina (iaitu retinopati diabetik, oklusi urat retina, hipertensi retina)
- Keradangan intraokular (uveitis)
- Distrofi retina
- Penggunaan ubat
Rawatan/Pengurusan
- Suntikan anti-VEGF
- Laser PRP
- Rawatan anti-radang



Pendarahan Vitreous
Pendarahan vitreous disebabkan oleh darah yang terkeluar dari saluran darah yang tidak normal atau pendarahan dari bahagian mata yang lain ke dalam vitreous.
Simptom-Simptom
- Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba
- Munculnya bintik hitam atau floaters
Faktor-Faktor
- Kerosakan saluran darah normal – Trauma atau kecederaan pada mata boleh menyebabkan saluran darah normal pecah dan menyebabkan pendarahan.
- Penyakit seperti retina koyak dan oklusi urat retina juga boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah yang normal dan menyebabkan pendarahan vitreous.
- Pertumbuhan saluran darah yang tidak normal – saluran darah baru yang tidak normal biasanya rapuh dan mudah berdarah. Ianya boleh menyebabkan pendarahan vitreous.
- Pendarahan dari bahagian mata yang lain – seperti dari macroaneurysm retina, tumor dan keadaan patologi mata yang lain yang boleh menyebabkan mudah berdarah ke dalam vitreous.
Rawatan/Pengurusan
- Laser PRP
- Pembedahan vitreo-retina (vitrektomi)



Lekangan Retina
Ini adalah keadaan mata di mana lapisan mata yang paling sensitif iaitu retina terpisah / lekang dari belakang mata.
Ini mengakibatkan pengumpulan cecair subretinal (SRF) di ruang antara NSR dan RPE (Kanski). Ia adalah suatu kecemasan kerana keadaan ini bakal menyebabkan kebutaan.
Simptom-Simptom
- Kilauan cahaya (fotopsia)
- Peningkatan bilangan “floaters”
- Kehadiran bebayang seperti langsir yang menyeliputi pandangan
- Kehilangan atau kemerosotan penglihatan secara tiba-tiba
Faktor-Faktor
- Faktor umur
- Kecederaan atau trauma mata
- Penyakit kencing manis
- Rabun jauh yang ekstrem
- Lekangan retina di sebelah mata
- Pernah melalui pembedahan mata (contohnya: pembedahan katarak)
- Pernah ada penyakit mata yang lain (iaitu uveitis)
- Sejarah keturunan mempunyai masalah lekangan retina
Rawatan/Pengurusan
- Pembedahan vitreo-retina – di mana minyak gas / silikon dimasukkan ke dalam mata untuk membantu retina melekat kembali ke dinding mata.
- Lengkungan scleral
Rujukan:
Kanski Textbook



Hipertensi Mata (OHT)
Ia adalah keadaan di mana tekanan di dalam mata meningkat lebih tinggi daripada 21 mmHg tanpa perubahan atau kerosakan yang disebabkan oleh glaukoma. Tekanan intraokular yang normal (IOP) adalah di antara 11 – 21 mmHg.
Pesakit OHT harus dipantau dengan teliti kerana mereka juga dikenali sebagai “suspek glaukoma” iaitu orang yang berisiko tinggi mendapat glaukoma.
Glaukoma
Ini adalah penyakit mata di mana terdapat kerosakan pada saraf optik secara progresif (neuropati) dan kehilangan penglihatan sekeliling yang tidak dapat dipulihkan kembali. Ia biasanya disebabkan oleh pengumpulan cecair di dalam mata dan peningkatan IOP melebihi 21 mmHg.
Jenis-Jenis Glaukoma:
-
- Primary open angle glaucoma (POAG) – disebabkan oleh penumpukan cecair beransur-ansur kerana saluran cecair mata yang tersumbat.
- Acute angle-closure glaucoma (AACG) – disebabkan oleh penumpukan cecair secara tiba-tiba kerana saluran saliran cecair mata yang tersumbat
- Secondary glaucoma – disebabkan oleh keadaan-keadaan mata lain seperti uveitis (keradangan mata)
Simptom-Simptom
-
-
- Mata yang merah dan sakit
- Penglihatan kabur
- Kehilangan penglihatan sudut
- Kelilingan cahaya (haloes)
- Pening dan muntah
- Sakit kepala
- Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba
-
* Keadaan ini mungkin TIDAK BERSIMPTOM sehingga sampai peringkat yang lebih parah!
Risk Factors
-
-
- Tekanan intraokular tinggi (IOP)
- Faktor umur
- Etnik (kebiasaannya di Afrika/individu kulit hitam)
- Sejarah keluarga
- Rabun jauh yang ekstrem
- Penyakit retina
- Penyakit vaskular (diabetes, tekanan darah tinggi, masalah jantung)
- Pernah melalui trauma okular, radang mata
- Ubat kortikosteroid (terutamanya topikal)
-
Rawatan/Pengurusan
-
-
- Ubat-ubatan – preskripsi ubat titis mata oleh pakar
- Prosedur laser – trabeculoplasty, peripheral iridotomy
- Pembedahan – minimally invasive glaucoma surgeries (MIGS), trabeculectomy atau ekstrak kanta
-



Retinitis Pigmentosa (RP)
Retinitis Pigmentosa (RP) adalah penyakit mata yang menyebabkan degenerasi retina. Ia mempengaruhi sel-sel fotoreseptor rod diikuti oleh cones (Kanski). Kelazimannya adalah 1: 5000 orang. Akhirnya, pesakit yang menghidapi RP akan kehilangan penglihatan secara kekal.
Simptom-Simptom
-
-
- Kesukaran melihat pada waktu malam (rabun malam)
- Kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit
- Kesukaran melakukan tugas harian seperti membaca, melihat benda dengan teliti, memandu dan mengenali wajah
-
Rawatan/Pengurusan
Buat masa ini, masih belum ada lagi rawatan yang tepat untuk RP.
Walau bagaimanapun, terdapat alat-alat bantuan yang memudahkan pesakit menyesuaikan diri dengan kehilangan penglihatan akibat RP.



Floaters
“Floaters” adalah bintik hitam atau kelabu yang nampak bergerak atau melayang di dalam mata. Mereka kelihatan lebih ketara ketika melihat langit cerah yang terang atau dinding kosong biasa. Keadaan ini biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika terdapat “floaters” yang berlaku secara tiba-tiba atau bilangan “floaters” meningkat mendadak, sila pergi ke hospital/klinik dengan segera, kerana ini mungkin merupakan simptom keadaan mata yang lebih serius seperti lekangan retina.
Rawatan/Pengurusan
Biasanya, kebanyakan “floaters” tidak memerlukan rawatan dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sekiranya penglihatan anda terjejas, cara merawatnya termasuklah:
-
-
- Laser YAG
- Pembedahan vitreo-retina (vitrektomi)
-
Book Now
Book Your Appointment
Waktu Operasi:
8:30am – 5:30pm (Isnin – Sabtu)
Hubungi Kami:
9,10,11, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur