


Komplikasi Kanta Lekap
Kanta lekap adalah alat perubatan yang dipreskripsi oleh pakar penjagaan mata yang profesional dan berkelayakan untuk membetulkan rabun anda. Namun, tanpa perawatan dan pengurusan yang betul, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi.
Simptom-Simptom
- Mata merah, sakit dan bengkak
- Rasa tidak selesa dan membakar
- Rasa seperti ada benda di dalam mata
- Rasa gatal pada mata
- Mata kering
- Penglihatan kabur
- Sensitif terhadap cahaya
- Mata kerap berair dan bertahi mata
Antara komplikasi- komplikasinya ialah:
- Tindak balas alahan – mata menjadi merah dan sakit pada tompokan protein di permukaan kanta lekap. Cecair kanta lekap serbaguna adalah antara penyebab keadaan alahan ini
- Giant papillary conjunctivitis (GPC) – rasa gatal dan bengkak merah yang muncul di bawah kelopak mata kerana kanta lekap yang tercemar yang dipakai kerap tanpa diganti
- Contact lens-induced acute red eye (CLARE) – kemerahan mata kerana iritasi yang kronik
- Cornea neovascularization – pertumbuhan saluran darah baru di kornea avaskular apabila mata menjadi hipoksia (kekurangan oksigen) kerana pemakaian kanta lekap yang terlampau lama
- Ulser kornea – komplikasi kanta lekap paling teruk di mana kornea dijangkiti kuman menyebabkan berlakunya parut kornea yang boleh menyebabkan kebutaan
- Mata kering
Rawatan/Pengurusan
-
- Laser bebas rabun
- Intense pulsed light (IPL) therapy
- Electromechanical eyelid cleanse therapy
- Berhenti menggunakan kanta lekap
- Mengguna kanta lekap dengan tatacara yang rapi dan bersih
- Menggunakan cermin mata



Konjunktivitis
Konjunktivitis adalah keradangan di bahagian konjunktiva, yang merupakan lapisan tisu yang menutupi bahagian putih mata kita. Ia boleh merebak dan mudah tersebar di kalangan ahli keluarga dan rakan di sekolah.
Simptom-Simptoom
- Mata merah
- Rasa seperti ada benda asing dalam mata
- Gatal atau tidak selesa pada satu atau kedua-dua mata
- Kelopak mata bengkak
- Rasa menyengat dan membakar
- Sensitif terhadap cahaya
- Mata berair dan keluar seperti cairan kuning daripada mata
- Keluar air mata secara berlebihan
- Kesukaran membuka mata pada waktu pagi ketika bangun tidur
Jenis-Jenis Konjunktivitis
- Allergic conjunctivitis – biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan pesakit yang sudah mempunyai tindak balas alahan terhadap alergen persekitaran atau bermusim seperti debunga dan habuk.
- Bacterial conjunctivitis – berlaku kerana terdedah kepada jangkitan bakteria yang disebabkan oleh penjagaan kebersihan yang lemah, tatacara penggunaan kanta lekap yang tidak betul, serangga, hubungan fizikal dengan orang lain yang mempunyai konjunktivitis, solekan mata yang tercemar, krim / losyen muka yang telah tamat tempoh atau tercemar.
- Viral conjunctivitis – berlaku kerana terdedah kepada virus berjangkit yang biasanya datang daripada batuk dan bersin orang lain dengan jangkitan saluran pernafasan dan selesema.
Rawatan/Pengurusan
- Ubat titis mata – bergantung kepada jenis konjunktivitis
- Pelembap mata
- Menjaga kebersihan diri dengan baik
- Menggunakan kanta lekap dengan tatacara yang betul
- Berhenti memakai kanta lekap



Mata Kering
Keadaan mata yang sangat biasa berlaku di mana mata anda tidak menghasilkan kuantiti yang mencukupi atau air mata yang dihasilkan kurang berkualiti untuk melincirkan permukaan mata yang kemudiannya mengakibatkan gejala mata kering.
Simptom-Simptom
- Mata letih dan kelopak mata terasa berat pada penghujung hari
- Rasa pedih dan seperti ada benda asing di dalam mata
- Mata merah dan sakit
- Keluar air mata secara berlebihan
Rawatan/Pengurusan
- Intense pulsed light (IPL) therapy
- Electromechanical eyelid cleanse therapy
- Pelembap mata (air mata palsu)
- Menjaga kebersihan kelopak mata dan melakukan kompres hangat
- Ubat preskripsi untuk menguruskan penyakit mata kering – kombinasi antibiotik topikal atau antibiotik / steroid digunakan pada kelopak mata untuk blepharitis anterior (jika ada)
- Pilihan kanta lekap terapeutik – kanta lekap lembut atau kantarigid
Rujukan:
Craig, J. P. et al. (2017) ‘TFOS DEWS II Definition and Classification Report’, Ocular Surface



Blepharitis
Keradangan kelopak mata di mana kebiasaannya penglihatan menjadi tidak selesa, dan mata akan kelihatan bengkak dan berkerak di bahagian kelopak dan muncul kelemumur di sekitar mata. Pesakit dengan blepharitis biasanya mengalami mata kering akibat rendahnya kualiti air mata yang dihasilkan.
Simptom-Simptom
- Mata berair atau kering
- Ketidakselesaan dan mata merah
- Rasa membakar dan seolah ada benda dalam mata
- Kelopak mata melekit dan gatal
- Kelopak mata merah dan bengkak
- Kulit mengelupas di sekitar mata
- Bulu mata berkerak semasa bangun tidur
- Kerap berkelip mata
- Sensitif terhadap cahaya
- Pertumbuhan bulu mata yang salah arah dan tidak normal
- Bulu mata gugur
Rawatan/Pengurusan
- Electromechanical eyelid cleanse therapy
- Intense pulsed light (IPL) therapy
- Kompres hangat dan membersihkan kelopak mata dengan betul
- Pelembap mata – air mata palsu
- Ubat titis mata



Disfungsi Kelenjar Meibom (Meibomian Gland Dysfunction – MGD)
MGD adalah keadaan mata yang biasa terjadi di mana terdapat kelenjar Meibom yang tersumbat. Secara fisiologi, kelenjar Meibom merembeskan minyak dalam lapisan air mata yang mencegah berlakunya penyejatan air mata. Tersumbatanya aliran lapisan minyak ini mengakibatkan gangguan mata kering. MGD sangat berkait dengan blepharitis.
Simptom-Simptom
- Mata berair atau kering
- Ketidakselesaan dan mata merah
- Rasa membakar dan seperti ada benda asing dalam mata
- Mata letih dan kelopak terasa berat pada penghujung hari
- Kabur dan kualiti penglihatan yang turun naik
Rawatan/Pengurusan
- Intense pulsed light (IPL) therapy
- Electromechanical eyelid cleanse therapy
- Kompres hangat dan membersihkan kelopak mata dengan betul
- Pelembap mata – air mata palsu
- Ubat titis mata (preskripsi daripada pakar)



Keratokonus (Keratoconus – KCN)
Keratokonus adalah keadaan mata di mana terdapat penipisan kornea yang progresif sehingga kornea menjadi bentuk “kon” yang mengganggu penglihatan pesakit. Permulaannya berlaku di sekitar akil baligh dengan perkembangan perlahan-perlahan hingga dekad ketiga atau keempat kehidupan.
Simptom-Simptom
- Kabur penglihatan
- Sensitif dan silau apabila memandang cahaya
- Imej bebayang terutamanya pada waktu malam
Faktor-Faktor
- Kerap menggosok mata
- Sejarah pembedahan penglihatan laser kornea
- Gangguan sistemik seperti sindrom Down, Turner, Ehlers-Danlos dan Marfan, atopi, osteogenesis imperfecta, prolaps injap mitral, dan terencat akal.
- Berkait dengan masalah okular lain termasuk keratoconjunctivitis vernal, sklera biru, aniridia, ektopia lentis, amaurosis kongenital Leber, dan retinitis pigmentosa.
Rawatan/Pengurusan
- Pada peringkat awal, boleh memakai cermin mata untuk membetulkan silau yang tinggi
- Kanta keras (kanta telap atau lensa scleral)
- Rawatan crosslinking
- Pemindahan kornea (keratoplasti)
Rujukan:
Kanski, Jack J. 2007. Clinical ophthalmology: a systematic approach. Edinburgh: Butterworth-Heinemann/Elsevier.



Ketumbit (Chalazion)
Ketumbit (chalazion) adalah salah satu keadaan mata yang paling kerap, di mana ia didefinisikan sebagai benjolan kecil atau ketumbuhan di pinggir kelopak mata. Ia berlaku kerana penyumbatan saluran kelenjar sebum seperti kelenjar Meibom. Kebiasaannya ia tidak menyakitkan kecuali jika dijangkiti bakteria.
Simptom-Simptom
- Benjolan pada kelopak mata – saiznya berbeza-beza, biasanya terjadi pada kelopak mata sebelah atas, namun, juga dapat mempengaruhi kelopak mata bawah
- Kelopak mata merah dan bengkak
- Bernanah dan bertahi mata (boleh hilang tanpa rawatan)
- Mata berair
- Kemerahan kulit di sekitar ketumbit
- Penglihatan kabur
Faktor-Faktor
Tidak ada faktor tertentu dan spesifik yang diketahui mengenai chalazion. Ia boleh terjadi akibat daripada blepharitis atau disfungsi kelenjar Meibomian (MGD). Keadaan ini menjadi lebih buruk jika kebersihan kelopak mata tidak dijaga dengan baik seperti memadam solekan mata dengan cara yang tidak betul.
Di samping itu, keadaan lain seperti rosacea, seborrheic dermatitis atau diabetes mellitus sering dikaitkan dengan chalazion.
Rawatan/Pengurusan
- Kompres hangat hingga 4 kali sehari selama 10 minit pada satu masa
- Urut lembut pada kelopak mata dapat membantu mengurangkan pembengkakan kelopak mata dan melancarkan saluran rembesan minyak
- Ubat titis antibiotik boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan
- Chalazion besar mungkin bertindak balas dengan baik pada pembedahan yang dikenali sebagai “incision and curettage” (I&C) yang mana pakar bedah mata menggunakan ubat kebas mata dan membuat bukaan kecil di kawasan kebas untuk memecahkan kandungan chalazion tanpa bekas luka yang kelihatan.
Rujukan:
- https://www.aao.org/eyenet/article/chalazion-management-evidence-questions
- https://www.medicinenet.com/chalazion/article.htm#what_are_treatments_and_home_remedies_for_a_chalazion
- https://www.aapos.org/terms/conditions/33
- https://www.webmd.com/eye-health/chalazion-what-is#1
- https://www.healthline.com/health/chalazion#causes-and-risks
- https://www.allaboutvision.com/conditions/chalazion.htm



Uveitis
Uveitis adalah keradangan pada saluran uveal. Uvea adalah lapisan mata vaskular pertengahan yang terdiri daripada iris, silia dan koroid.
Jenis-Jenis Uveitis
-
- Uveitis anterior: Keradangan di bahagian depan mata yang merangkumi iritis dan iridosiklitis (keradangan iris dan silia)
- Uveitis bahagian tengah: Keradangan pada bahagian tengah mata termasuk pars plana, retina periferal dan vitreous.
- Uveitis posterior: Keradangan bahagian belakang atau posterior pangkal vitreous.
- Panuveitis: Keradangan dengan penglibatan seluruh saluran uveal.
Simptom-Simptom
- Rasa sakit pada sebelah mata secara tiba- tiba
- Fotofobia (sensitif terhadap cahaya)
- Kemerahan mata
- Penglihatan kabur dan terdapat “floaters”
Rawatan/Pengurusan
- Siasatan faktor penyakit, melalui ujian darah dan pengimejan
- Ejen mydriatic – titisan mata untuk mengembangkan anak mata untuk mengurangkan kesakitan mata
- Steroid – untuk merawat keradangan



Pterygium
Pterygium merujuk kepada pertumbuhan tisu bukan-kanser pada bahagian konjunktiva yang merebak ke kornea. Pada mulanya, ia tidak menyebabkan gangguan penglihatan, tetapi pertumbuhannya pada kornea jika menutupi bahagian anak mata dan menyekat penglihatan, pada ketika ini, disarankan menjalani pembedahan pterygium.
Simptom-Simptom
- Kemerahan mata
- Mata tidak selesa dan sakit
- Penglihatan kabur
- Rasa membakar dalam mata
- Mata gatal
- Rasa berpasir dan seperti ada benda asing dalam mata
Rawatan/Pengurusan
- Pembedahan pterygium
- Pelembap mata untuk mengurangkan iritasi dan keradangan
Tempah Sekarang
Tempah Slot Temujanji Anda
Waktu Operasi:
8:30am – 5:30pm (Isnin – Sabtu)
Hubungi Kami:
9,10,11, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur