Femto-LASIK

Femto-LASIK

Pengenalan

Femto-LASIK adalah sejenis pembedahan refraktif menggunakan laser yang kerap dilakukan untuk bebas rabun. Ini adalah singkatan dari Laser-Assisted in Situ Keratomileusis. Ini adalah prosedur pembedahan yang menggunakan laser untuk membentuk semula kornea untuk merawat rabun. Ini melibatkan pembentukan “flap” yang sangat nipis di kornea.

• Jalani prosedur LASIK yang selamat dengan pakar mata berkelayakan di Ikonik
• LASIK ialah satu alternatif untuk penglihatan yang lebih semulajadi tanpa kaca mata
• Anda boleh mencapai impian penglihatan yang lebih jelas dengan menjalani LASIK
• Kami menyediakan LASIK yang efektif dan pantas sembuh untuk kalian
• Dengan LASIK, anda boleh mengembalikan penglihatan jelas tanpa cermin mata dalam beberapa minit sahaja

Prosedur

lasik surgery

Langkah 1
“Flap” kornea dibentuk.

eye laser

Langkah 2 
Laser Excimer digunakan untuk merawat rabun.

eye lasik

Langkah 3
Flap diposisikan semula ke tempat asal dan dibiarkan sembuh dan melekat secara semulajadi tanpa jahitan.

Kriteria LASIK
  • 18 tahun dan ke atas
  • “Power” cermin mata hendaklah stabil sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Ketebalan kornea minimum 470 mikron
  • Topografi kornea normal
  • Mata yang sihat
  • Tidak dalam keadaan hamil atau menyusukan anak
Kenapa Pilih LASIK?
  • Waktu rawatan LASIK yang lebih pendek dengan hasil yang tepat
  • LASIK tanpa bilah ada di sini! Rawatannya lebih selesa
  • LASIK merupakan pilihan untuk bebas rabun dengan tepat dan selamat
Membuat Flap LASIK

Laser Sepenuhnya (Femto-LASIK) VS LASIK dengan Bilah (Blade LASIK)

Sebelum ini, sistem blade manual yang dikenali sebagai microkeratomes digunakan untuk membentuk flap kornea. Flap dibuat untuk mendedahkan lapisan kornea yang lebih dalam kepada laser Excimer untuk membentuk semula kornea. Perkembangan teknologi laser Femtosecond telah merevolusikan pembuatan flap; ia membolehkan prosedur tersebut menjadi prosedur tanpa menggunakan blade yang mempunyai kelebihannya sendiri. Prosedur ini memberi pengalaman yang lebih baik bagi pesakit.

lasik eye surgery
Tanpa Bilah / Femto-LASIK
  • Menggunakan sistem laser Femtosecond untuk membuat flap kornea
  • Selamat membuat flap senipis 100 mikron
femto lasik
LASIK dengan Bilah (Blade LASIK)
  • Menggunakan sistem oscillating-blade berketepatan tinggi untuk membentuk flap kornea
  • Ketebalan flap mungkin berbeza antara satu dengan yang lain

Penjagaan Selepas Prosedur

Setelah prosedur, anda disarankan untuk:

  1. Mengelakkan daripada menggosok mata
  2. Pakai pelindung mata semasa tidur selama seminggu untuk mengelakkan pergerakan flap.
  3. Mematuhi penggunaan titisan mata yang ditetapkan selepas pembedahan untuk mencegah jangkitan dan mengawal kekeringan.
  4. Elakkan berenang selama sebulan dan bersukan selama sekurang-kurangnya dua minggu
Pesan Sekarang

Tetapkan Janji Temu Anda