Suntikan Intravitreal Anti-VEGF
Pengenalan
Anti-VEGF adalah suntikan yang diberikan kepada struktur seperti jeli di dalam mata, yang dikenali sebagai vitreous.
Dalam beberapa penyakit retina, pembentukan saluran darah baru yang rapuh dan keradangan retina berlaku, dan keadaan ini menyebabkan gangguan penglihatan.
Oleh itu, suntikan anti-VEGF bertujuan untuk menahan pertumbuhan saluran darah baru yang tidak normal dan mudah bocor serta mengurangkan pembengkakan retina. Ini terbukti dapat menstabilkan proses perkembangan penyakit dan meningkatkan kualiti penglihatan.



Ia digunakan untuk merawat keadaan mata yang berikut;
- Degenerasi makula (ARMD)
- Neovaskularisasi koroid myopia (Myopic CNV)
- Pembengkakan makula (DME)
- Strok mata (retinal vein occlusion)
Apa-apa keadaan retina lain yang menyebabkan cecair bocor di bawah retina
Proses
Ini adalah prosedur rawatan harian (daycare) yang akan dilakukan dalam keadaan steril.



1
Ubat titis diberikan untuk mengebaskan mata dan mengurangkan rasa tidak selesa



2
Kelopak mata dan permukaan mata dibersihkan



3
Tuala diletakkan di wajah untuk mengasingkan kawasan yang bersih – untuk mengurangkan risiko pencemaran



4
Spekulum mata diletakkan



5
Ubat disuntikkan ke mata dengan jarum halus



6
Ubat antibiotik dititiskan sebaik sahaja prosedur tamat
Pesan Sekarang
Tetapkan Janji Temu Anda
Waktu Operasi:
8:30am – 5:30pm (Isnin – Sabtu)
Hubungi Kami:
9,10,11, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur