Pemeriksaan Mata

Komprehensif

Pemeriksaan Mata Komprehensif

Tahukah Anda?

"80% dari gangguan penglihatan adalah boleh dicegah" - Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 2018

Pemeriksaan mata yang komprehensif adalah penilaian mata yang terperinci dan teliti merangkumi keseluruhan bahagian mata, depan hingga belakang mata. Tujuannya adalah untuk memastikan mata anda sihat. Anda disarankan menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh sekurang-kurangnya sekali setahun, terutamanya jika anda berumur lebih dari 40 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang mengalami gangguan penglihatan.

Ini adalah amat penting kerana terdapat penyakit mata yang menyebabkan kebutaan secarea senyap di mana gejala di tahap awal terlalu sukar untuk diperhatikan.

Periksa mata anda sekarang!

Langkah Demi Langkah

Pemeriksaan Mata Komprehensif

icon-1

1

Penilaian diagnostik di bahagian depan mata

icon-5

2

Penilaian diagnostik di bahagian belakang mata

icon-3

3

Ujian tekanan intraokular (IOP)

icon-4

4

Ujian keluasan medan penglihatan

icon-6

5

Sesi refraksi, ketajaman visual (VA) dan konsultasi bersama optometris klinikal kami

icon-6

6

Konsultasi bersama perunding oftalmologi kami

Pentingnya

Pemeriksaan Mata Komprehensif

icon-7

Untuk memastikan kesihatan mata secara keseluruhannya

icon-8

Untuk secara proaktif mengesan tanda-tanda awal penyakit mata pada pesakit yang datang tanpa gejala

icon-9

Ini adalah langkah utama sebelum menjalani apa- apa rawatan atau prosedur mata

Saranan

"Mencegah lebih baik daripada mengubati."

American Academy of Ophthalmology (AAO) mencadangkan anda untuk menjalani pemeriksaan mata pada usia 40 setiap satu hingga dua tahun sekali bergantung pada keadaan semasa anda. Sangat penting untuk mengesan penyakit mata sejak awal kerana rawatan yang cepat dapat membantu menjaga penglihatan anda.

Pesan Sekarang

Tetapkan Janji Temu Anda