Pembedahan Katarak

Pembedahan Katarak

Pengenalan

“Faktor kebutaan tertinggi adalah katarak yang tidak dirawat (58,6%)” National Eye Survey ii di Malaysia (2014)

Apa itu katarak?

“Mata manusia adalah seperti kamera. Kanta yang jernih diperlukan untuk fokus dan menghasilkan gambar yang jelas. Tetapi apabila kanta menjadi kotor atau keruh, kamera tidak dapat mengambil gambar yang jelas dengan baik. “

Katarak adalah disebabkan oleh kekaburan kanta yang asalnya jernih, yang telah menghalang cahaya dari menembusi bahagian belakang mata, akhirnya menghasilkan penglihatan yang tidak berkualiti. Katarak adalah satu keadaan mata yang paling umum yang menyebabkan kualiti penglihatan menurun di kalangan individu berusia 60 tahun ke atas.

katarak mata

Apakah jenis kanta intraokular (IOL) yang terdapat di IKONIK?

cataract surgery
Bilakah waktu untuk saya menjalani saringan katarak?

Apabila anda mengalami penglihatan kabur atau pengurangan kualiti penglihatan, anda harus memeriksa mata kerana ini mungkin merupakan petanda awal katarak.

Bolehkah pesakit katarak mendapatkan semula penglihatan dengan memakai cermin mata?

Cermin mata boleh membantu pesakit katarak di tahap awal buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, pembedahan katarak masih merupakan kaedah yang tepat untuk mengubatinya.

Prosedur

eye cataract

Langkah 1

Bukaan kecil dibuat di kornea periferal

eye cataract surgery

Langkah 2

Ekstrak keluar kanta asli

cataract surgeon

Langkah 3

Kanta IOL dimasukkan. Bukaan ditutup semula dan dilekatkan semula tanpa  jahitan

Kelebihan

  • Peningkatan gaya hidup yang signifikan
  • Kualiti hidup yang lebih baik
  • Pengurangan risiko cedera dan kemalangan yang disebabkan tahap penglihatan yang menurun
Pesan Sekarang

Tetapkan Janji Temu Anda