Siapa Kami?

Membetulkan Penglihatan

Memperbaiki Visi Kehidupan

IKONIK didirikan di atas aspirasi ingin menghasilkan perbezaan dalam kehidupan insan yang kami temui. Oleh itu, pasukan kami amat berdedikasi, berusaha memberikan layanan dan rawatan yang terbaik kepada para pengunjung. Sejajar dengan slogan kami “Membetulkan Penglihatan Anda, Memperbaiki Visi Anda dalam Kehidupan,” kami percaya bahawa menjalani kehidupan yang holistik di mana hati sentiasa bersyukur akan mengembangkan kesihatan dan kemurahan rezeki.

Pusat Pakar Mata Ikonik (dahulu dikenali sebagai Prof Muhaya Eye & LASIK Cente) telah ditubuhkan pada 6 September 2013 dan mula beroperasi pada 5 Mei 2014. Kami bermula dengan hanya berfokus kepada rawatan bebas rabun, yang merangkumi Femto Laser-Assisted In-Situ Keratomileusis (LASIK) dan prosedur Flapless. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa yang singkat, kami telah memperluas perkhidmatan kami untuk menawarkan rawatan untuk penyakit mata umum lain seperti pembedahan katarak, laser YAG, rawatan penyakit mata diabetes, pembedahan pterygium dan perkhidmatan oftalmologi pediatrik.

Pusat mata kami dilengkapi dengan peralatan diagnostik oftalmik dan ruang pembedahan yang canggih untuk menyediakan penjagaan mata terbaik untuk anda. Selain itu, seluruh kakitangan kami mendapat latihan berterusan dalam memahami keseluruhan keadaan mata untuk memastikan bahawa mereka dapat memenuhi keperluan anda semasa anda berada di sini. Barisan perunding oftalmologi kami juga sedia berkhidmat untuk anda, memberikan penjagaan yang terbaik untuk mata anda dan yang paling penting, membuatkan anda memahami tentang mata anda dengan lebih dalam! Senyuman dan tawa pesakit yang berpuas hati dengan servis di sini, itulah yang selalu menjadi motivasi kami di sini.

Kami sangat gembira dan teruja untuk memberikan anda ruang dan peluang mengalami perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini bersama kami!

Misi Kami

“Membetulkan penglihatan, memperbaiki visi kehidupan”

Misi kami berfokus kepada penyediaan layanan berkualiti tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup individu yang ingin memperbaiki mutu penglihatan mereka. Kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada para pesakit kami, dan masyarakat di sekitar kami secara amnya.

Pendekatan Mesra Pelanggan

Pesakit adalah prioriti dan keutamaan teratas kami, di mana kami sentiasa meletakkan objektif memberikan layanan terbaik di setiap bahagian dan perjalanan klinik. Kualiti layanan kami adalah cerminan daripada bagaimana pengalaman pesakit kami semasa di sini. Oleh kerana itu, kami terus mengembangkan proses kami untuk memastikan bahawa setiap keperluan pesakit kami, dan harapan mereka selalu dipenuhi.

Pada akhirnya

  • Penglihatan baru dan visi hidup yang ditingkatkan
  • Kepuasan maksima anda
  • Persahabatan tulus yang terbina

adalah yang terpenting bagi kami…

Tempah Sekarang

Tetapkan Janji Temu Anda