Femto-LASIK
Pengenalan
Femto-LASIK adalah sejenis pembedahan refraktif menggunakan laser yang kerap dilakukan untuk bebas rabun. Ini adalah singkatan dari Laser-Assisted in Situ Keratomileusis. Ini adalah prosedur pembedahan yang menggunakan laser untuk membentuk semula kornea untuk merawat rabun. Ini melibatkan pembentukan “flap” yang sangat nipis di kornea.
Prosedur



Langkah 1
“Flap” kornea dibentuk.



Langkah 2
Laser Excimer digunakan untuk merawat rabun.



Langkah 3
Flap diposisikan semula ke tempat asal dan dibiarkan sembuh dan melekat secara semulajadi tanpa jahitan.
Kriteria Pasien
- 18 tahun dan ke atas
- “Power” cermin mata hendaklah stabil sekurang-kurangnya 2 tahun
- Ketebalan kornea minimum 470 mikron
- Topografi kornea normal
- Mata yang sihat
- Tidak dalam keadaan hamil atau menyusukan anak
-
Kelebihan
- Tanpa bilah (bladeless)
- Proses pemulihan yang cepat
- Prosedur bebas rabun yang diguna pakai secara meluas
-
Membuat Flap LASIK
Laser Sepenuhnya (Femto-LASIK) VS LASIK dengan Bilah (Blade LASIK)
Sebelum ini, sistem blade manual yang dikenali sebagai microkeratomes digunakan untuk membentuk flap kornea. Flap dibuat untuk mendedahkan lapisan kornea yang lebih dalam kepada laser Excimer untuk membentuk semula kornea. Perkembangan teknologi laser Femtosecond telah merevolusikan pembuatan flap; ia membolehkan prosedur tersebut menjadi prosedur tanpa menggunakan blade yang mempunyai kelebihannya sendiri. Prosedur ini memberi pengalaman yang lebih baik bagi pesakit.



Tanpa Bilah / Femto-LASIK
- Menggunakan sistem laser Femtosecond untuk membuat flap kornea
- Selamat membuat flap senipis 100 mikron



LASIK dengan Bilah (Blade LASIK)
- Menggunakan sistem oscillating-blade berketepatan tinggi untuk membentuk flap kornea
- Ketebalan flap mungkin berbeza antara satu dengan yang lain
Penjagaan Selepas Prosedur
Setelah prosedur, anda disarankan untuk:
- Mengelakkan daripada menggosok mata
- Pakai pelindung mata semasa tidur selama seminggu untuk mengelakkan pergerakan flap.
- Mematuhi penggunaan titisan mata yang ditetapkan selepas pembedahan untuk mencegah jangkitan dan mengawal kekeringan.
- Elakkan berenang selama sebulan dan bersukan selama sekurang-kurangnya dua minggu
Pesan Sekarang
Tetapkan Janji Temu Anda
Waktu Operasi:
8:30am – 5:30pm (Isnin – Sabtu)
Hubungi Kami:
9,10,11, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur