Rawatan Bebas Rabun
Tahukah Anda?
Refractive Surgery
Rawatan bebas rabun adalah prosedur yang bertujuan untuk memperbaiki rabun; baik pandangan jarak dekat, jauh atau astigmatisme (silau). Pada masa ini, terdapat beberapa prosedur yang boleh digunakan untuk merawat rabun.
Antaranya termasuklah prosedur laser yang membentuk semula kornea, dan terdapat juga prosedur yang melibatkan implan kanta di dalam mata anda.


Sila rujuk pakar mata anda untuk menentukan pilihan mana yang terbaik untuk anda mengikut gaya hidup dan keperluan anda. Pilihan yang terdapat untuk merawat rabun adalah:
- Laser reraktif bebas rabun
- Implan kanta lekap phakic (IPCL)
- Pembedahan pertukaran kanta refraktif (RLE)
- Preskripsi cermin mata
- Kanta lekap yang dipreskripsi khas oleh optometris bertauliah
Laser Bebas Rabun
Terdapat tiga jenis pembedahan laser yang biasa digunakan pada masa ini sebagai alternatif kepada cermin mata dan kanta lekap. Ia merangkumi:
- Flap-Less
- Laser-Assisted in situ Keratomileusis (LASIK)
- Photorefractive Keratectomy (PRK)
Pakar mata akan membincangkan dan membantu anda memahami prosedur mana yang terbaik untuk keadaan mata anda. Di IKONIK, kami menawarkan pembedahan laser Flap-Less dan Femto-LASIK untuk membolehkan pesakit kami bebas dari cermin mata.
Book Now
Book Your Appointment
Waktu Operasi:
8:30am – 5:30pm (Isnin – Sabtu)
Hubungi Kami:
9,10,11, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur