Kerjaya Bersama Kami
Mulakan perjalanan kerjaya anda bersama IKONIK:
Setiap langkah membuka peluang untuk mencipta perubahan yang bermakna.
Kerjaya Bersama Kami
Mulakan perjalanan kerjaya anda bersama IKONIK:
Setiap langkah membuka peluang untuk mencipta perubahan yang bermakna.
Cipta Kisah Kejayaan Anda Sendiri
Di IKONIK, usaha terbaik anda bukan sahaja mampu mengubah kehidupan sendiri, malah turut memberi impak kepada keluarga, rakan dan komuniti. Kenali sendiri pengalaman ahli pasukan kami yang berdedikasi dan bagaimana komitmen mereka telah membawa perubahan yang bermakna.
IKONIK sentiasa mengajar saya pelbagai pengajaran hidup yang sangat bernilai. Sebagai graduan baharu dan ini merupakan pekerjaan pertama saya, bimbingan yang diberikan membantu saya membina simpanan lima angka dalam tempoh kurang daripada setahun!
Menyertai IKONIK terasa seperti melangkah ke dunia baharu selepas bertahun-tahun berada di tempat yang sama. Bimbingan dan latihan yang diberikan membantu saya membina kisah kejayaan sendiri serta mencapai tahap yang lebih tinggi tanpa mengira usia.
IKONIK menerima saya seadanya dan memberi ruang untuk saya mengembangkan kemahiran melangkaui bidang kejururawatan kepada pemasaran, penyelenggaraan dan perakaunan. Kepercayaan mereka terhadap potensi saya menguatkan tekad untuk menghadapi setiap cabaran.
Di IKONIK, saya dapat beralih daripada pembelajaran teori di universiti kepada aplikasi sebenar di tempat kerja, sambil menghayati nilai dan etika agama dalam pekerjaan. Alhamdulillah, di sini saya dapat menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Di IKONIK, saya belajar lebih daripada sekadar kemahiran kerja. Di sinilah saya berkembang dari segi fizikal dan emosi. Dahulu saya kerap mengambil cuti sakit, kini saya bangga mengekalkan rekod kehadiran penuh sebagai kakitangan yang komited setiap tahun!
Di IKONIK, pembangunan kakitangan diberi perhatian dari segi profesional dan peribadi. Walaupun saya datang daripada latar belakang yang sederhana, dalam tempoh dua tahun saya berjaya memiliki sebuah kereta enam tempat duduk untuk keluarga saya. Alhamdulillah.