Implan Kanta Lekap Phakic (IPCL)
Pengenalan
Ini adalah sejenis pembedahan refraktif untuk membetulkan pelbagai jenis rabun seperti rabun dekat, rabun jauh dan astigmatisme.
Phakic IOL adalah kanta yang diimplan di antara kornea dengan iris. Pembedahan ini akan mengekalkan kanta semula jadi anda di dalam mata.
Kanta yang dimasukkan berfungsi seperti kanta lekap yang biasa dan dapat membetulkan rabun. Perbezaannya adalah kanta ini berfungsi dari sebelah dalam mata anda dan bukannya di permukaan mata anda. Oleh itu, ia tidak memerlukan pembersihan harian seperti kanta lekap yang biasa.


Prosedur


Langkah 1
Bukaan kecil dibuat pada kornea


Langkah 2
Kanta intraokular Phakic diimplan di antara iris dan kanta asli
Kriteria
- 18 tahun dan ke atas
- “Power” cermin mata hendaklah stabil sekurang-kurangnya 2 tahun
- Kedalaman ruang anterior minimum 2.90 mm
- Mata yang sihat
- Tidak dalam keadaan hamil ataupun menyusukan anak
- Rabun sangat tinggi dengan “power” -10.00 hingga -20.00D
Kelebihan
- Penglihatan yang jelas pada keesokan harinya!
- Tidak perlu mengeluarkan kanta semula jadi
- Kanta implan diperbuat daripada bahan sintetik
* Beberapa pusat menggunakan collamer berasaskan haiwan.
Pesan Sekarang
Tetapkan Janji Temu Anda
Waktu Operasi:
8:30am – 5:30pm (Isnin – Sabtu)
Hubungi Kami:
9,10,11, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur