Kata- Kata Pengasas

Kata- Kata Dari

Pengasas dan CEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Saya ingin menjemput ANDA SEMUA untuk mengunjungi pusat mata baru kami yang terletak di Bukit Jalil (bersebelahan Pavilion II Mall), yang kini dikenali sebagai Pusat Pakar Mata IKONIK. Sebagai syarikat yang memfokuskan pada pertumbuhan pasukan, kami melihat semua orang di pusat mata ini sebagai ikon dalam bidang mereka dan mampu untuk melayani anda dengan layanan terbaik. Oleh itu, timbullah nama IKONIK!

Sebagai tetamu kami di pusat mata ini, kami melihat anda sebagai ikon! Oleh itu, adalah keutamaan kami untuk memberi anda perkhidmatan “Kelas Pertama, Kelas Dunia”. Datang dan periksa mata anda dengan teliti, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Selama bertahun-tahun menguruskan pusat mata ini, saya menyedari bahawa penyakit mata dapat berkembang secara senyap. Pusat kami dilengkapi dengan mesin canggih yang membantu pakar perunding kami untuk membuat diagnosis dengan betul dan memberikan rawatan yang baik.

Sebagai pengasas pusat ini, saya bersyukur atas pencapaian yang telah kami perolehi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pendekatan holistik kami dalam merawat pesakit telah memenangi hati pesakit yang menerima rawatan di pusat kami. Kami telah dianugerahkan pelbagai anugerah berprestij; The Star SOBA Award 2018, Reader’s Digest Trusted Brand Award dan Sin Chew Business Award. IKONIK akan terus berkembang dan maju sebagai organisasi berprestasi tinggi yang fokus membangun potensi pekerja kami dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Kami membentuk budaya kerja dengan nilai CARES, yang bermaksud Caring, Agile, Responsive, Excellent Execution dan Smile. Adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan bahawa setiap kakitangan IKONIK disemai dengan nilai-nilai ini.

Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima; oleh itu, saya percaya untuk sentiasa memberi kembali kepada masyarakat melalui sebaran ilmu pengetahuan mengenai kesedaran kesihatan mata. Kami telah mengadakan banyak “roadshow” dengan pemeriksaan mata percuma dalam beberapa tahun terakhir ini. Selain itu, kami menawarkan pembedahan katarak secara percuma kepada warga emas rumah jagaan orang tua di Kajang. Inisiatif ini adalah projek yang sedang dijalankan secara berterusan di IKONIK.

Kami menantikan kehadiran anda di pusat kami. Jumpa lagi!

Addaem Chandran
Tempah Sekarang

Tetapkan Janji Temu Anda